Feb 21, 2013

banner exchange

Saya minta-maaf kalau saya mengambil masa untuk mengemaskini kandungan blog,sekarang ini saya agak sibuk sedikit dengan laman web banner exchange yang saya tengah setup.Jadi kalau nak tahu bagaimana laman web banner exchange ni berfungsi,kenalah klik pada gambar banner exchange dekat kotak widget blog ini. Tujuan pembangunan laman web exchange ni adalah untuk membantu blogger-blogger lain yang ingin meningkatkan jumlah trafik ke dalam blog mereka,dengan syarat..kenalah tampal kod banner yang telah diberikan di dalam laman web@blog anda,dan yang paling penting..kenalah ada banner blog sendiri dengan saiz 120x125.macam contoh dkat bawah ni 







 Kadar CPI/CPM adalah dengan nisbah 20:1,Kalau anda memaparkan kod banner yang telah diberikan sebanyak 20 kali paparan,banner anda akan di paparkan pada mana-mana laman web ahli lain yang menyertai program banner exchange ni.Lagi banyak jumlah paparan yang dibuat oleh laman web anda,lagi tinggi peluang banner anda untuk dipaparkan pada laman web ahli lain.

Kenapa 20:1,jawapanya senang je..memberi peluang kepada ahli lain untuk memaparkan banner mereka pada laman web /blog anda.win-win situation...Saya tak untung satu sen pun bila buat laman-web banner exchange ni,kenape?kod platfom laman web banner exchange ini telah dibangunkan secara open-source dan saya ingin mengekalkan istilah open-source tu..

Feb 17, 2013

mengayat dengan eye contact


'Eye Contact' merupakan salah satu senjata yang paling penting ketika mengayat mana-mana wanita,anda bacalah mana-mana buku yang mengajar tentang cara-cara untuk mengayat,topik tentang 'eye contact' pasti akan disentuh.Daripada pandangan mata seseorang,anda boleh membaca kehidupannya,mata umpama diari kehidupan yang menyimpan 1001 rahsia tentang seseorang.Mata juga memainkan peranan yang paling penting ketika bercakap dengan seseorang.Eye contact menunjukkan yang kita betul-betul berminat dengan wanita tersebut.


10 tips mengayat dengan menggunakan "Eye-contact"

1)Apabila melihat wanita yang anda suka,renung wanita tersebut sehingga dia merenung kepada anda kembali.

2)Apabila wanita tersebut telah perasan dan merenung anda dengan perasaan ingin tahu,biarkan keadaan tersebut berlaku selama beberapa saat dan alihkan pandangan anda ke tempat lain.

3)Ulangi langkah diatas untuk beberapa kali,apabila dia merenung anda,cepat-cepat alihkan pandangan mata anda(He he...cinta pada pandangan pertama ler)

4)Biar si dia tahu apa yang sedang bermain di dalam kotak fikiran anda.Pada pandangan kali pertama,si dia mungkin ingat yang anda cuma melihat sekilas pandang,akan tetapi bila si dia perasan yang anda telah beberapa kali curi-curi merenungnya,dia akan tahu yang anda berminat dengannya.JANGAN merenung lebih daripada satu saat,anda akan merosakkan kesemuanya.Cuba nikmati perasaan seronok itu.

5)Sekarang anda telah berjaya menarik perhatian si dia,untuk melihat sama ada dia masih berminat dengan anda,cuba berhenti  merenung si dia untuk beberapa minit.Tunggu sehingga si dia merenung anda kembali.

Si dia akan tertanya-tanya,kenapa anda tidak merenungnya lagi.dengan berbuat begini,anda telah berjaya menarik perhatian si dia.

6)Lihat si dia melalui pandangan tepi mata,jangan lihat si dia secara bersemuka.Tunggu sehingga si dia merenung anda kembali.Dengan berbuat demikian,anda telah membuatkan si dia berminat untuk merenung anda.


7)Anda telah bertukar pandangan mata untuk beberapa lamanya,sekarang si dia telah menunggu anda untuk merenungnya kembali.Renung si dia untuk 5 saat dan lihat ke tempat lain.


8)Bercakap dengan kawan anda atau menyibukkan diri,renung si dia untuk beberapa saat dan pandang ke tempat lain sambil tersenyum.Jangan tersenyum sambil merenung si dia.

9)Lihat reaksi si dia,kalau si dia kerap merenung anda kembali,bermakna anda telah berjaya.Kalau si dia tidak memberikan sebarang respond walaupun anda telah mengikuti tips ini,maknanya si dia tidak berminat.Berhenti.anda tidak akan berjaya mengayat menggunakan eye contact.

10)Senyum semasa merenung.Sekarang anda telah pasti yang si dia juga berminat untuk merenung dan bertukar pandangan mata anda.Sudah tiba masanya untuk anda ke tahap yang seterusnya.Renung si dia dengan lebih lama sambil tersenyum sedikit.Jika dia tersenyum kembali.Jackpot!.Jika dia merenung anda kembali dan kelihatan terkejut atau melihat ke tempat lain.mungkin si dia memerlukan sedikit masa lagi

Kalau senyuman tersebut berjaya.Apa lagi,pergilah bercakap dengan si dia.GOOD LUCK


nota:

-Jangan merenung si dia dengan terlalu lama
-Mengayat menggunakan eye contact akan memakan masa,sila bersabar.


Diterima dan bersedia untuk menerima

Tiada manusia yang sempurna,setiap seseorang pasti akan ada kelemahannya.Sebelum anda mengayat mana-mana wanita,seharusnya anda telahpun bersedia untuk menerima 100% diri wanita tersebut.Kalau anda baca posting sebelum ini,telah beberapa kali saya tekankan tentang 'selidiki wanita yang anda minati'.Tujuannya mudah,untuk mengelakkan daripada anda terkejut apabila mengetahui sesuatu yang bukanlah didalam perancangan anda.

Ada sesetengah kes,hubungan pasangan menjadi retak akibat teman wanita,isteri,tunang telahpun terlanjur dengan lelaki lain sebelum mengenali diri anda.Jadi untuk menjaga hati anda,pasangan anda telah merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan anda sehinggalah pada satu tahap.


Ada sesetengah kes,bakal teman wanita@tunang@isteri bukanlah seperti apa yang anda lihat pada zahirnya.Di belakang anda sentiasa ada lelaki lain yang menjadi tempat untuk berhibur dan bergembira.


Walau apa kelemahan sekalipun,JIKA ada telahpun memberikan komitmen kepada wanita yang anda telah pilih,anda seharusnya menerima apa juga keadaan yang ada padanya.Itu pilihan anda.

Dan seharusnya,pasangan@bakal pasangan anda seharusnya menerima anda sama seperti anda menerima si dia.Kalau ianya bertentangan,pada masa hadapan pasti akan ada masalah kerana terdapat satu pihak yang mementingkan diri didalam hubungan,








Adakah anda betul-betul bersedia untuk memberikan sebarang komitmen?

Cuba berikan masa kepada diri anda dan wanita yang anda minati untuk menjadi kawan terlebih dahulu.Dalam jangkamasa tersebut,anda boleh mengenali hati-budi masing-masing,jangan tergopoh-gapah di dalam sesuatu hubungan.Sebaik-baiknya,selidiki terlebih dahulu latar-belakang wanita terbabit sebelum memberikan apa juga bentuk komitmen.

Jangan

-Katakan "Sayang" apabila anda belum betul-betul bersedia untuk menerima seseorang

-Berikan sebarang harapan jika status hubungan itu masih lagi samar-samar.
-Mudah melafazkan perasaan cinta kerana itu menunjukkan yang anda mudah jatuh hati kepada mana-mana wanita.Cuba biarkan perasaan cinta itu bermain-main dan nikmati keindahanya terlebih dahulu(Perasaan).Berhenti menahan perasaan apabila si dia mula melafazkan perasaan sayang pada anda.Itu menunjukkan strategi anda berjaya.


INGAT

Cinta berlandaskan nafsu akan merosakkan hati anda sendiri.Terus-terang saya katakan,cinta berlandaskan nafsu selalunya tidak akan kekal lama.Kenapa?Secara fitrahnya,manusia tidak pernah merasa puas.Kalau nafsu adalah landasan kepada cinta anda,maka tiadalah ruang bagi sang setia untuk bertapak di dalam hati.




Anda yakin dengan penampilan diri anda?

Penampilan diri merupakan salah satu kunci utama untuk mengayat awek.Anda tidak perlu menjalankan pembedahan plastik untuk kelihatan mirip kepada Aaron Aziz,anda tidak perlu mempunyai sebuah kereta sport untuk memikat awek cantik.Apa yang anda perlu cumalah diri anda sendiri.

Penampilan diri sangat penting apabila kita ingin berkomunikasi dengan orang lain,pandangan pada kali pertama akan menentukan sama ada kita diterima @ tidak.Pandangan pertama akan mencerminkan personaliti dan sikap serta sifat kita yang sebenarnya.Prinsipnya sama dengan temuduga pekerjaan,seharusnya berpakaian kemas,bersih DAN yang PALING PENTING adalah anda YAKIN dengan KEBOLEHAN ANDA sendiri.


Pakaian

Pakaian anda seharusnya sentiasa bersih dan kemas.Wanita lebih suka kepada lelaki yang pembersih dan kemas.Kalau anda ingin sedikit kelainan,anda boleh mengayakan pakaian fesyen terkini untuk menunjukan yang anda tidaklah ketinggalan zaman.

Rambut

Kebanyakan wanita suka kepada lelaki yang berambut pendek dan kemas.INGAT,rambut merupakan asset@trademark yang paling utama bagi kaum adam.


Posisi badan

Posisi badan merupakan salah satu kunci utama untuk memikat wanita,badan yang terlalu mendada melambangkan yang lelaki tersebut terlalu ego,badan yang terlalu membongkok mengambarkan yang lelaki tersebut lemah.


sila semak gambarajah di bawah.
Apabila posisi badan berada pada kedudukan yang betul ketika berdiri,anda akan merasa lebih yakin untuk bercakap.Anda akan kelihatan lebih 'maskulin'.

Anda boleh mengamalkan senaman mudah seperti pumping&sit-up untuk membentuk badan anda.Jika anda tidak keberatan,anda boleh pergi ke gym untuk bersenam.

Keyakinan diri

Apabila anda ditolak@reject oleh seseorang wanita,itu bukanlah sesuatu yang abnormal.Mengayat wanita umpama percubaan Matematik,apabila satu rumus gagal untuk menyelesaikan sesuatu masalah,anda boleh memilih formula yang baru sebagai jalan penyelesaian.


Harus diingati,nisbah wanita adalah lebih besar berbanding dengan lelaki.Jadi,apabila anda ditolak oleh seseorang wanita,tidaklah mustahil untuk anda AKAN diterima oleh wanita lain yang lebih menghargai diri anda.


Tips untuk menghilangkan rasa malu

1)Setiap hari,cuba latih diri anda untuk bercakap dengan wanita yang tidak dikenali.Sebagai contoh,bertanya tentang arah jalan,bertanya tentang waktu.Cuba praktikan sehingga rasa malu itu dapat dikawal.

2)Sebelum tidur@sebelum keluar rumah,cakap pada diri anda sendiri yang anda berasa yakin untuk berhadapan dengan mana-mana wanita.Secara psikologinya,apabila anda bercakap benda yang sama pada diri anda sendiri,otak separa-sedar anda akan menerima idea tersebut dan kemudiannya akan menterjemahkannya kepada perbuatan.

3)Sentiasa berfikiran positif,malu biarlah kena pada tempatnya.


Sikap

Tampan@kacak macam mana sekalipun diri anda,JIKA sikap anda tidaklah seperti rupa-luaran anda,anda tetap akan disenaraikan sebagai lelaki-lelaki yang akan ditolak.Ingat!Sikap melambangkan diri anda yang sebenar.Yang indah selalunya datang daripada sikap dan pemikiran anda,bukan dari rupa bentuk tampan.

Feb 16, 2013

Adakah anda mengenali sifat-sifat wanita yang anda minati?

Mengondam personaliti seseorang

Sering kita mendengar tentang pepatah melayu yang berbunyi "Tidak kenal maka tidak cinta".Sememangnya ada kebenaran di balik pepatah tersebut.Sebelum anda mengayat seseorang wanita,sebijak-bijaknya hendaklah diselidiki terlebih dahulu sifat-sifat wanita tersebut.Tujuannya untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan.

Banyak kaedah dan taktik yang anda boleh dapati dari internet tentang cara-cara untuk mengenali sifat-sifat wanita .Saya tidak akan menyentuh tentang tajul-muluk(wanita tanah,air,api dan angin) kerana terlalu banyak sumber yang anda boleh cari sendiri.

Sifat-sifat wanita secara khasnya,dan sifat-sifat manusia secara umumnya,boleh dikategorikan kepada tiga kategori utama iaitu.

 Teori VAK 

Penglihatan (Visual)


-Menggunakan bahasa visual seperti:

  "Saya boleh melihat apa yang awak maksudkan"


-Mudah untuk mengingati sesuatu yang bergambar

-Suka melihat dan memerhati
-Lebih suka mengambarkan sesuatu apabila memberikan panduan tentang tempat atau keadaan
-Suka sesuatu yang seni 

-Mudah untuk mengingati muka seseorang.

-Teliti dan sentiasa kemas



Pendengaran (Auditory)


-Menggunakan bahasa auditory seperti

"Jelas dan terang!"

-Mudah untuk mengingati apa yang dikatakan kepadanya.
-Seorang pendengar yang baik.
-Apabila kebosanan,mereka akan bercakap sendirian(monolog)
-Meneliti setiap apa yang didengarinya.
-Suka kepada muzik(seni yang berbentuk bunyi)
-Mudah untuk mengingati nama.


Perbuatan(Kinesthetic)


-Menggunakan bahasa kinestetik seperti:

"Saya rasa....."

-Meningati sesuatu dengan membuatnya.
-Apabila membaca,suka untuk menyemak keseluruhan buku untuk melihat isu utama dalam penulisan.
-Suka membuat sesuatu dengan menggunakan tangan,
-Tidak boleh duduk diam.(Suka bergerak)
-Cepat hilang tumpuan apabila di ransangkan oleh sesuatu.
-Suka kepada belaian yang membina.
-Apabila bercakap,suka menggunakan mimik muka.





Apa kaitannya?

Secara psikologi,kita suka kalau dapat berkomunikasi dengan seseorang yang memahami diri kita.Kita akan cepat merasa selesa kalau bercakap dengan individu tersebut.



9 Prinsip untuk memenangi kawan dan mempengaruhi orang lain

1)Jangan suka mengkritik,kondem dan mengadu.Sentiasa berfikiran positif.


2) Berikan penghargaan yang ikhlas,orang boleh tahu sama ada kita ikhlas@tidak.

3)Sentiasa memberikan motivasi kepada orang lain.

4)Suka kepada orang,tunjukkan yang kita benar-benar berminat dengan mereka.Jangan berlakon.

5)Sentiasa tersenyum.

6)Sentiasa ingat nama kawan,teman wanita,rakan.Mereka suka kalau kita ingat nama mereka.

7)Jadi pendengar yang setia,tunjukan minat apabila seseorang bercakap tentang sesuatu.Kita suka kalau orang mendengar apa yang kita perkatakan.

8)Bercakap tentang sesuatu yang diminati oleh orang tersebut.Orang akan cepat merasa bosan apabila kita asyik bercakap tentang kehebatan diri-sendiri.

9)Sentiasa menghargai orang lain.


sumber:

http://www.managing-change.net/visual-auditory-kinesthetic.html

How to Win Friends and Influence People-Dale Carnegie

Mengayat awek

Masih ramai lelaki tercari-cari cara yang paling berkesan untuk mengayat wanita.Jika di google di internet,ada banyak laman web @ blog yang memberikan tips dan cara-cara untuk mengayat wanita @ perempuan yang mereka minati.

Sadisnya,ada sesetengah lelaki sanggup menggunakan bantuan makhluk halus @ minyak pengasih @ sihir untuk memikat wanita yang mereka dambakan.

Rata-rata lelaki yang cuba untuk mengayat seseorang wanita mempunyai perasaan takut .Takut jika wanita yang cuba untuk diayat menolak diri mereka.Sebelum anda betul-betul bersedia untuk mengayat wanita,cuba anda jawab beberapa soalan yang  disenaraikan dibawah.


1) Adakah anda mengenali sifat-sifat wanita yang anda minati

2) Anda yakin dengan penampilan diri anda?

3) Adakah anda betul-betul bersedia untuk memberikan sebarang komitmen?



 



Jangan!

1)Mengayat isteri,tunang,teman wanita lelaki lain.

2)Menipu ketika  kali pertama  bertemu.

3)Terlalu membangga diri dan asyik bercakap tentang diri sendiri ketika mengayat perempuan.